Kolej MARA BAnting. Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

22.8.11

Jika para perserta ada sebarang pertanyaan atau kemuskilan bolehlah hubungi kami melalui


1. Telefon : 03-31491318


2. E-mail :

Read more...

AKTIVITI-AKTIVITI

18.8.11

AKTIVITI MENGIKUT KATEGORI


A. SAMBUTAN KEMERDEKAAN
     1. Pertandingan Ciptaan Lagu Patriotik [syarat & peraturan]
     2. Pertandingan Nanyian Duet Lagu Patriotik [syarat & peraturan]
     3. Pertandingan Aerobiks 1Malaysia  [syarat & peraturan]
     4. Pertandingan Deklamasi Sajak Patriotisme [syarat & peraturan]




B. SAMBUTAN BULAN BAHASA
    1. Pertandingan Pantun [syarat & peraturan]
    2. Appresiasi Puisi Tradisional [info]
    3. Pertandingan Sketsa Merdeka [syarat & peraturan]





C. ENGLISH CARNIVAL
    1. Fun Debate [syarat & peraturan]
    2. Paper Fashion Show [syarat dan peraturan]
    3. Bunting Designing [syarat & peraturan]
    4. Video Presentation 'Malaysia, My Homeland'.[syarat & peraturan]
    5. Colours of Malaysia [syarat & peraturan]

Read more...

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN

16.8.11

  AEROBIKS 1MALAYSIA 
  1. Penglibatan semua KPM/ KM. 
  2. Setiap kolej diminta menyediakan satu sesi senamrobik/ senaman/pergerakan fizikal/pergerakan tarian   menggunakan satu lagu daripada senarai 10 lagu yang telah disediakan oleh pihak tuan rumah.  
  3.  Hanya 5 pasukan akan mengetuai sesi Aerobiks 1Malaysia setiap hari. 
  4. Setiap kolej diminta menghantar satu kumpulan pelajar (5 orang) untuk mendemonstrasikan pergerakan yang telah dikoreografikan dan mengetuai pergerakan tersebut untuk diikuti oleh semua peserta program yang berada di padang.
  5. Masa yang diberikan untuk setiap wakil kolej adalah mengikut jumlah masa lagu yang telah dipilih. 
  6. Guru penasihat diminta memastikan pergerakan senaman yang akan didemonstrasi boleh diikuti oleh semua pelajar lelaki dan perempuan, sopan dan tidak terlalu fizikal /keterlaluan.
  7. Setiap pasukan yang mengetuai pergerakan senaman hendaklah memakai pakaian yang seragam. 
  8. Setiap ahli pasukan yang mengetuai pergerakan senaman hendaklah mendemonstrasikan pergerakan- pergerakan yang sukar tanpa muzik kepada semua peserta terlebih dahulu sebelum memulakan sesi dengan muzik.
  9. Setiap sesi (kecuali sesi warm- up dan cool down) akan diulang sebanyak dua(2) kali untuk membolehkan para peserta mengikuti sesi senaman dengan lebih efektif.


 BUNTING
  1. Terbuka kepada pelajar-pelajar Kolej MARA,  Kolej Profesional MARA dan IPMA Jemputan 
  2. Bahasa wajib:  Bahasa Melayu
  3. Setiap kontinjen diwajibkan mencetak dan menghantar SATU bunting dan 2 peserta. Peserta adalah mereka yang terlibat secara langsung dalam perekaan bunting dan perlu terlibat sama dalam sesi soal jawab bersama-sama pengadil semasa sesi pengadilan.   
  4. Format karya: 
    1. Saiz bunting 3’X 6’ 
    2. Setiap bunting bertemakan ‘Bahasa Pemangkin Patriotisme Bangsa ’ dan memaparkan identiti Negara Malaysia – budaya tradisi dan moden pelbagai kaum di Malaysia beserta ‘tagline’yang bersesuaian. Tema tidak perlu dimasukkan di dalam bunting.
    3. Hasil rekacipta perlu mengandungi elemen patriotisme dan tidak menyentuh sensitiviti  mana-mana kaum. 
    4. Nama (ukuran 2 cm) dan logo IPMA (ukuran 2 cm) hendaklah diletakkan di bahagian bawah sebelah kanan bunting.5. Semua bunting dari IPMA-IPMA perlu dipamerkan di concourse KMB pada  08 Oktober 2011 selewat-lewatnya pada jam 9.00 pagi.
  5.  Penghakiman:  Masa yang diperuntukkan bagi setiap kumpulan ialah  3- 5  minit untuk menerangkan  tentang bunting dan 5 minit untuk sesi soal jawab.
  6.  Keaslian karya: 
    1. Karya hendaklah asli. 
    2. Peserta tidak dibenarkan menciplak mana-mana bunting sedia ada. 
  7. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perbelanjaan peserta. 
  8. Pemarkahan adalah seperti berikut: 
    1. Mesej         50% 
    2. Kreativiti     30% 
    3. Kerjasama  20%
  9.  Keputusan pengadil adalah muktamad. 
  10. Semua bunting akan dipamerkan di Dewan Besar pada 09 Oktober 2011.

Persembahan Lisan

§   Semua wakil kumpulan diwajibkan memberi persembahan tentang bunting mereka dan menjawab beberapa soalan daripada pengadil.

Peringatan:

  • Setiap IPMA  perlu membawa bunting yang telah dicetak beserta ‘bunting stand’ masing- masing.




PENERBITAN VIDEO

  1. Terbuka kepada pelajar-pelajar Kolej MARA, Kolej Profesional   MARA dan juga    IPMA Jemputan.
  2. Tema terbitan video adalah ‘Malaysia, My Homeland’.
  3. Bahasa wajib:  Bahasa Inggeris (75% - 100%)  Bahasa lain:  (25% - 0%)
  4. Satu kolej hanya menerbit satu petikan video dengan tempoh tayangan 2 - 3 mini.
  5.   Pelajar boleh menggunakan format MP4, MPEG, MOV, MPG, MPEG or WMV dalam bentuk CD.
  6. Bahan-bahan ‘copyright’ tidak dibenarkan.
  7. Pencipta atau penyanyi asal muzik atau lagu ataupun animasi yang muncul dalam video mesti dinyatakan di bahagian ‘credits’ [senarai pelakon, pengarah, jurukamera, dll yang bekerja dalam menghasilkan petikan video].
  8. Isi kandungan video tidak boleh mengandungi perlakuan yang sumbang terutama sekali penggunaan aksi dan bahasa lucah, aksi ganas atau kenyataan yang mencela.
  9. Pihak MARA berhak menayangkan atau menggunakan klip video ini bagi tujuan karnival dan kepentingan MARA. Setiap pihak yang muncul di dalam video mesti menandatangani borang kebenaran. (release form).
  10. Kriteria dan Permarkahan:
    • [Rujuk kepada lampiran berkaitan dengan penghakiman]
  11.  Keputusan pengadil adalah muktamad.
  12. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perbelanjaan  yang di gunakan oleh peserta di dalam menyediakan klip video pertandingan ini.
  13. Setiap IPMa perlu menghantar salinan CD video kepada urusetia pertandingan semasa hari pendaftaran.



COLOUR OF MALAYSIA

  1. Diwajibkan untuk semua KM&KPM.
  2.  Setiap kumpulan terdiri diantara 8 dan 15 peserta.
  3. Penganjur akan menyediakan sebuah khemah setiap kolej.
  4. Setiap kolej diwajibkan :  
    1. Mencabut undi* untuk pilihan kaum/etnik. Kaum/etnik di Malaysia untuk cabutan undi ialah: 
      1. Melayu
      2. Cina
      3. India
      4. Punjabi
      5. Iban
      6. Bidayuh
      7. Kadazan
      8. Serani
      9. Baba dan Nyonya
      10. Bajau
    2. mencabut undi* untuk nombor khemah.
    3. *cabutan undi akan dilakukan pada 13/7/2011 di Kolej MARA Banting semasa mesyuarat wakil-wakil kontinjen carnival
    4. menyediakan sebuah persembahan mengikut kaum/etnik yang telah diundi . Contoh persembahan adalah seperti  nyanyian tradisional, tarian, seni mempertahankan diri dan lain-lain. Persembahan ini akan dipersembahkan di hadapan hakim-hakim pertandingan untuk dihakimi. 
      1. Masa persembahan : 3-4 minit
      2. Menghiaskan khemah mengikut tema kaum/etnik yang telah diundi.
      3. Menyediakan satu aktiviti bahasa dalam Bahasa Inggeris mengikut kreativiti pelajar dan mesti mempunyai hubungkait dengan kebudayaan kaum/etnik yang telah ditetapkan melaui undian yang telah dilakukan.
      4. Menyediakan satu cenderahati untuk pengunjung khemah dan peserta aktiviti bahasa.Cenderahati mesti mempunyai hubungkait dengan kebudayan kaum/etnik yang telah ditetapkan melalui undian yang telah dilakukan.
      5.  Mengadakan satu pameran mengenai budaya yang diundi. Aspek-aspek pameran:
        1.  asal-usul bangsa
        2. 1 atau 2 acara-acara kebudayaan yang menarik
        3. cara hidup
      6.  2 lagi aspek yang dianggap sesuai untuk dipamerkan.
  5. Display board akan disediakan oleh tuan rumah.
  6.  Setiap perbelanjaan ditanggung oleh pihak kolej masing-masing.




DEKLAMASI SAJAK

  1.       Peserta
1.1   Terbuka kepada pelajar-pelajar kolej MARA, Kolej Profesional MARA dan IPMa jemputan
1.2   Setiap kolej diwakili oleh seorang peserta .

2.       Tata cara Pertandingan
2.1   Setiap peserta bebas memilih  sebuah puisi patriotik  untuk dideklamasikan.
2.2    Setiap kolej hendaklah menghantar nama peserta dan salinan sajak kepada pihak penganjur dua minggu sebelum pertandingan
2.3   Masa deklamasi  sajak dihadkan 6 minit.
2.4    Pendeklamasian puisi dimaksudkan adalah pembacaan sajak bukan melagukan atau melakonkan puisi.
2.5   Peserta dikehendaki menghafal puisi yang dipilih. Walau bagaimanapun  peserta dibolehkan membawa bersama teks puisi pilihan ketika mendeklamasi untuk tujuan mengelak daripada terlupa kandungan puisi tersebut.
2.6   Peserta dibenarkan bergerak bebas di atas pentas mengikut kesesuai puisi yang dibaca.  Pergerakan yang tidak sesuai boleh mengurangkan markah.
2.7   Peserta dibenarkan membawa alatan persembahan (props) yang bersesuaian dan minima sahaja ( kris, bunga dan sebagainya) dengan puisi yang dibaca.  Alatan yang menghasilkan bunyi-bunyian seperti alat muzik dibenarkan.  Kegunaan slide video tidak dibenarkan.
2.8   Pihak penganjur berhak menukar atau menambah syarat-syarat yang sedia ada jika perlu.
2.9   Keputusan panel juri  adalah muktamad.

Giliran Peserta :
Undian giliran peserta akan diadakan semasa taklimat peserta.

Pemarkahan :
  Suara    (60%)
-           Vokal                             - 15%
-          Intonasi                          -  15%
-          Nada                               -  15%
-          Kelancaran  Artikulasi  -  15%
Gaya/ Teknik  (40%)
       -    Mimik Muka                     -  10%
       -   Penghayatan                     -  10%
       -   Bahasa Tubuh                   -  10% 
       -  Penampilan/Keyakinan    -  10%

Persediaan setiap kolej yang bertanding:
Setiap kolej hendaklah menghantar nama peserta dan salinan sajak dua minggu sebelum pertandingan diadakan.



FUN DEBATE


1.                  Penglibatan semua KPM dan KM dan IPMA jemputan
2.                  Setiap kolej perlu menghantar 2 orang peserta untuk membahaskan tajuk-tajuk yang disediakan oleh pihak penganjur dengan mengunakan Bahasa Inggeris.
3.                  Perlawanan kalah mati akan di adakan.
4.                  Tatacara pemilihan pasukan affirmative dan negative akan ditentukan melalui cabutan pada hari aktiviti.  Begitu juga dengan pemilihan tajuk perbahasan.
5.                  Tatacara perbahasan bagi setiap pusingan akan mengikuti format dibawah:
i)        Setiap pasangan akan diwakili oleh 2 orang peserta dari 2 kolej yang berlainan. Tuan rumah akan menentukan setiap pasangan melalu pengundian. Peserta akan dimaklumkan nama pasangan mereka pada hari perlawanan.
ii)      Setiap pasangan akan diberikan satu tajuk untuk dibahaskan.
iii)    Setiap peserta diberikan masa 2 minit untuk berbincang dengan rakan sepasukan bagi menyediakan hujah perbahasan.
iv)    Peserta pertama pasukan  affirmative membahaskan tajuk selama 2 minit.
v)      Peserta pertama pasukan negative membahaskan tajuk selama 2 minit.
vi)    Peserta kedua pasukan  affirmative membahaskan tajuk selama 2 minit.
vii)  Peserta kedua pasukan negative membahaskan tajuk selama 2 minit.
viii)Semasa para peserta sedang berbincang, satu quiz selingan akan diadakan untuk para penonton.

Penghakiman   :
Pasangan yang mendapat tepukan yang paling gemuruh daripada penonton akan ditentukan sebagai pemenang.




NYANYIAN DUET LAGU PATRIOTIK


1.  1.  Terbuka kepada pelajar-pelajar Kolej MARA dan Kolej Profesional MARA.

Se2. Setiap kontinjen diwajibkan menghantar satu kumpulan tidak melebihi 12 orang bagi pertandingan ini.

Se3. Setiap kumpulan hendaklah mendendangkan dua buah lagu patriotik iaitu satu lagu wajib yang telah dipilih oleh pihak penganjur dan satu lagu pilihan yang digubah sendiri.

Lagu wajib yang telah dipilih oleh pihak penganjur adalah lagu SATU MALAYSIA atau SEJAHTERA  MALAYSIA atau TANAH PUSAKA. Lagu wajib hendaklah dinyanyikan secara nyanyian solo.

5.   Lirik lagu pilihan yang digubah sendiri mestilah terdiri daripada sekurang-kurangnya 3 dan tidak melebihi 4 bahasa yang dituturkan oleh masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.
Pengunaan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa dalam lirik lagu tersebut adalah diwajibkan.
Lagu pilihan hendaklah dinyanyikan dalam bentuk koir.

6.    Setiap kumpulan bebas untuk menggunakan samada minus one atau peralatan muzik untuk mengiringi lagu-lagu yang didendangkan.
Pihak penganjuran hanya akan menyediakan set drum dan piano elektrik. Segala peralatan Muzik tambahan adalah atas urusan kolej masing-masing.

7.    Cakera padat lagu hendaklah dibawa sendiri oleh peserta ( Minus One)

8.    Masa yang diperuntukkan bagi setiap persembahan ialah 12 minit.


9.    Penggunaan props untuk persembahan adalah dibenarkan.

10. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perbelanjaan peserta di dalam pertandingan ini.



11. Pemarkahan:
                     i.        Vokal (40%)
                    ii.        Penghayatan lagu (15%)
                   iii.        Penguasaan Pentas (15%)
                   iv.        Penampilan (15%)
                    v.        Kreativiti Penyampaian (15%)

12. Keputusan pengadil adalah muktamad.


CIPTAAN DAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK


1.  Terbuka kepada pelajar-pelajar Kolej MARA,  Kolej Profesional MARA dan IPMA
     jemputan

2.  Setiap persembahan tidak boleh melebihi 5 minit.  Masa persembahan akan dikira sebaik
     sahaja loceng dibunyikan. Markah akan ditolak bagi setiap minit yang melebihi waktu
     yang ditetapkan.

3.  Pastikan semua lirik dan melodi adalah ciptaan asli.

3.  Elemen wajib untuk lirik lagu:-

a)      Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah bahasa wajib
b)      Wajib diselitkan 1 atau 2 bahasa-bahasa kaum lain yang terdapat di Malaysia.  
     d)  Loghat atau dialek tidak di benarkan.

4.  Lirik lagu yang dicipta perlu di emel kepada urusetia pertandingan program sebelum atau  
     pada 12 September 2011.

5.  Peserta boleh mendendangkan lagu tanpa iringan alat muzik.  Sekiranya peserta ingin
     menggunakan alat muzik, hanya instrument berikut sahaja yang dibenarkan dan akan
     disediakan oleh pihak tuan rumah :

a)      acoustic guitar
b)      digital piano
c)      conga drums
d)      tambourine
e)      chimes
 
    
5.   Untuk persembahan, setiap kontinjen diwajibkan menghantar satu pasukan tidak
      kurang daripada 6 orang dan tidak melebihi 10 orang.  Pasukan tersebut terdiri
      daripada penyanyi-penyanyi dan juga pemain – pemain instrumen.

6.   Kriteria dan Pemarkahan:

      [Rujuk kepada lampiran berkaitan dengan penghakiman]

7.  Keputusan pengadil adalah muktamad

8.  Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perbelanjaan peserta di
     dalam pertandingan ini.



PAPER FASHION SHOW






SKETSA

  1.  Terbuka kepada pelajar Kolej MARA,  Kolej Profesional MARA dan IPMA jemputan.
  2. Penyertaan satu kumpulan terhad kepada 5-10 orang sahaja.
  3. Setiap kumpulan haruslah mendapatkan pengesahan daripada Pengarah Kolej.
  4. Setiap kumpulan perlu mempersembahkan sketsa berdasarkan skrip yang ditulis sendiri tentang tokoh-tokoh sejarah di dalam Bahasa Melayu yang tidak bercanggah dengan tatasusila IPMa dan adab sopan santun Malaysia. Salinan skrip perlu diemailkan kepada AJK Pertandingan 3 minggu sebelum tarikh pertandingan. Penganjur berhak menolak penyertaan sekiranya skrip tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan.
  5. Pilih SATU daripada dua tema sketsa iaitu : “Perjuangan Tokoh Manjana Transformasi Warisan Bangsa”ATAU “Sejarah Pencetus Akal Budi Budaya Bangsa”.
  6. Masa persembahan termasuk pertukaran scene (scene change) serta perubahan prop ialah 10 minit.  Persembahan yang melebihi masa akan dikenakan penalti.
  7. Semua alatan yang tajam/ membahayakan, sebarang haiwan liar, cecair mudah tebakar atau asid adalah dilarang sama sekali digunakan semasa persembahan.
  8. Imej-imej seksual yang mengghairahkan, keganasan yang melampau, unsur khurafat,unsur negative dan bersifat provokasi, cacian dan maki hamun adalah dilarang sama sekali.
  9. Setiap pelajar (krew dan penyokong) haruslah menjaga disiplin dan tatasusila sebagi seorang pelajar.
  10. Iringan muzik rakaman, kesan bunyi dan cahaya serta multimedia adalah dibenarkan.
  11. Segala perbelanjaan produksi kumpulan adalah tanggungan sendiri.
  12. Pertandingan dihakimi oleh panel hakim yang dilantik oleh pihak penganjur. Keputusan panel adalah muktamad.
  13. Pihak penganjur sebagai tuan rumah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kemalangan, kecederaan atau kematian terhadap peserta atau barang-barang milik peserta atau kumpulan sebelum, semasa atau selepas pertandingan ini dilangsungkan.
  14. Pihak penganjur berhak membatalkan sebarang penyertaan jika didapati kumpulan atau individu melanggar mana-mana syarat pertandingan yang disebutkan.
  15.   Pemarkahan :
    •    Lakonan (20%)
    •   Konsep persembahan (20%)*
    •   Pengarahan (20%)
    •  Kreativiti persembahan (20%)
    •   Penguasaan pentas (10%)
    •   Penampilan (10%)
  16. Keputusan pengadil adalah muktamad.
      • * Pementasan sketsa adalah bertepatan dengan tema

Read more...

PENGENALAN

15.8.11

OBJEKTIF KARNIVAL

Memupuk semangat cintakan tanahair, perpaduan dan bahasa dalam kalangan warga IPMA (bersatu kita teguh, bercerai kita roboh)
Menyemarakkan semangat bersatu patu dalam kalangan kumpulan sasaran untuk memenuhi tema program.
Melahirkan masyarakat belia dalam kalangan warga IPMA yang sentiasa berdaya saing dan berfikiran maju ke depan sejajar dengan arus transformasi Negara.




IPMA-IPMA YANG TERLIBAT

1. Kolej Profesional MARA Seri Iskandar
2. Kolej Profesional MARA Indera Mahkota
3. Kolej Profesional MARA Bandar Melaka
4. Kolej Profesional MARA Beranang
5. Kolej Profesional MARA Bandar Penawar
6. Kolej Profesional MARA Ayer Molek
7. Kolej MARA Banting
8. Kolej MARA Kuala Nerang
9. Kolej MARA Kulim
10. Kolej MARA Seremban

IPMA JEMPUTAN

1. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
2. Germany Malaysia Institut (GMI)
3. Malaysia France Institut (UniKL-MFI)
4. Kolej Polytec MARA (KPTM)
5. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Petaling Jaya
6. Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuala Lumpur
7. UniKL-MIAT
8. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Beranang










Read more...

About This Blog

YELLOWPAGES

Tupperware

Tupperware

KOLEJ MARA BANTING

JALAN LABOHAN DAGANG
BUKIT CHANGGANG
MUKIM TANJUNG XII
42700 BANTING
SELANGOR DARUL EHSAN

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP