DEKLAMASI SAJAK
1. Peserta
1.1 Terbuka kepada pelajar-pelajar kolej MARA, Kolej Profesional MARA dan IPMa jemputan
1.2 Setiap kolej diwakili oleh seorang peserta .
2. Tata cara Pertandingan
2.1 Setiap peserta bebas memilih sebuah puisi patriotik untuk dideklamasikan.
2.2 Setiap kolej hendaklah menghantar nama peserta dan salinan sajak kepada pihak penganjur dua minggu sebelum pertandingan
2.3 Masa deklamasi sajak dihadkan 6 minit.
2.4 Pendeklamasian puisi dimaksudkan adalah pembacaan sajak bukan melagukan atau melakonkan puisi.
2.5 Peserta dikehendaki menghafal puisi yang dipilih. Walau bagaimanapun peserta dibolehkan membawa bersama teks puisi pilihan ketika mendeklamasi untuk tujuan mengelak daripada terlupa kandungan puisi tersebut.
2.6 Peserta dibenarkan bergerak bebas di atas pentas mengikut kesesuai puisi yang dibaca. Pergerakan yang tidak sesuai boleh mengurangkan markah.
2.7 Peserta dibenarkan membawa alatan persembahan (props) yang bersesuaian dan minima sahaja ( kris, bunga dan sebagainya) dengan puisi yang dibaca. Alatan yang menghasilkan bunyi-bunyian seperti alat muzik dibenarkan. Kegunaan slide video tidak dibenarkan.
2.8 Pihak penganjur berhak menukar atau menambah syarat-syarat yang sedia ada jika perlu.
2.9 Keputusan panel juri adalah muktamad.
Giliran Peserta :
Undian giliran peserta akan diadakan semasa taklimat peserta.
Pemarkahan :
Suara (60%)
- Vokal - 15%
- Intonasi - 15%
- Nada - 15%
- Kelancaran Artikulasi - 15%
Gaya/ Teknik (40%)
- Mimik Muka - 10%
- Penghayatan - 10%
- Bahasa Tubuh - 10%
- Penampilan/Keyakinan - 10%
Persediaan setiap kolej yang bertanding:
Setiap kolej hendaklah menghantar nama peserta dan salinan sajak dua minggu sebelum pertandingan diadakan.
FUN DEBATE
1. Penglibatan semua KPM dan KM dan IPMA jemputan
2. Setiap kolej perlu menghantar 2 orang peserta untuk membahaskan tajuk-tajuk yang disediakan oleh pihak penganjur dengan mengunakan Bahasa Inggeris.
3. Perlawanan kalah mati akan di adakan.
4. Tatacara pemilihan pasukan affirmative dan negative akan ditentukan melalui cabutan pada hari aktiviti. Begitu juga dengan pemilihan tajuk perbahasan.
5. Tatacara perbahasan bagi setiap pusingan akan mengikuti format dibawah:
i) Setiap pasangan akan diwakili oleh 2 orang peserta dari 2 kolej yang berlainan. Tuan rumah akan menentukan setiap pasangan melalu pengundian. Peserta akan dimaklumkan nama pasangan mereka pada hari perlawanan.
ii) Setiap pasangan akan diberikan satu tajuk untuk dibahaskan.
iii) Setiap peserta diberikan masa 2 minit untuk berbincang dengan rakan sepasukan bagi menyediakan hujah perbahasan.
iv) Peserta pertama pasukan affirmative membahaskan tajuk selama 2 minit.
v) Peserta pertama pasukan negative membahaskan tajuk selama 2 minit.
vi) Peserta kedua pasukan affirmative membahaskan tajuk selama 2 minit.
vii) Peserta kedua pasukan negative membahaskan tajuk selama 2 minit.
viii)Semasa para peserta sedang berbincang, satu quiz selingan akan diadakan untuk para penonton.
Penghakiman :
Pasangan yang mendapat tepukan yang paling gemuruh daripada penonton akan ditentukan sebagai pemenang.
NYANYIAN DUET LAGU PATRIOTIK
1. 1. Terbuka kepada pelajar-pelajar Kolej MARA dan Kolej Profesional MARA.
Se2. Setiap kontinjen diwajibkan menghantar satu kumpulan tidak melebihi 12 orang bagi pertandingan ini.
Se3. Setiap kumpulan hendaklah mendendangkan dua buah lagu patriotik iaitu satu lagu wajib yang telah dipilih oleh pihak penganjur dan satu lagu pilihan yang digubah sendiri.
Lagu wajib yang telah dipilih oleh pihak penganjur adalah lagu SATU MALAYSIA atau SEJAHTERA MALAYSIA atau TANAH PUSAKA. Lagu wajib hendaklah dinyanyikan secara nyanyian solo.
5. Lirik lagu pilihan yang digubah sendiri mestilah terdiri daripada sekurang-kurangnya 3 dan tidak melebihi 4 bahasa yang dituturkan oleh masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.
Pengunaan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa dalam lirik lagu tersebut adalah diwajibkan.
Lagu pilihan hendaklah dinyanyikan dalam bentuk koir.
6. Setiap kumpulan bebas untuk menggunakan samada minus one atau peralatan muzik untuk mengiringi lagu-lagu yang didendangkan.
Pihak penganjuran hanya akan menyediakan set drum dan piano elektrik. Segala peralatan Muzik tambahan adalah atas urusan kolej masing-masing.
7. Cakera padat lagu hendaklah dibawa sendiri oleh peserta ( Minus One)
8. Masa yang diperuntukkan bagi setiap persembahan ialah 12 minit.
9. Penggunaan props untuk persembahan adalah dibenarkan.
10. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perbelanjaan peserta di dalam pertandingan ini.
11. Pemarkahan:
i. Vokal (40%)
ii. Penghayatan lagu (15%)
iii. Penguasaan Pentas (15%)
iv. Penampilan (15%)
v. Kreativiti Penyampaian (15%)
12. Keputusan pengadil adalah muktamad.
CIPTAAN DAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK
1. Terbuka kepada pelajar-pelajar Kolej MARA, Kolej Profesional MARA dan IPMA
jemputan
2. Setiap persembahan tidak boleh melebihi 5 minit. Masa persembahan akan dikira sebaik
sahaja loceng dibunyikan. Markah akan ditolak bagi setiap minit yang melebihi waktu
yang ditetapkan.
3. Pastikan semua lirik dan melodi adalah ciptaan asli.
3. Elemen wajib untuk lirik lagu:-
a) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah bahasa wajib
b) Wajib diselitkan 1 atau 2 bahasa-bahasa kaum lain yang terdapat di Malaysia.
d) Loghat atau dialek tidak di benarkan.
4. Lirik lagu yang dicipta perlu di emel kepada urusetia pertandingan program sebelum atau
pada 12 September 2011.
5. Peserta boleh mendendangkan lagu tanpa iringan alat muzik. Sekiranya peserta ingin
menggunakan alat muzik, hanya instrument berikut sahaja yang dibenarkan dan akan
disediakan oleh pihak tuan rumah :
a) acoustic guitar
b) digital piano
c) conga drums
d) tambourine
e) chimes
5. Untuk persembahan, setiap kontinjen diwajibkan menghantar satu pasukan tidak
kurang daripada 6 orang dan tidak melebihi 10 orang. Pasukan tersebut terdiri
daripada penyanyi-penyanyi dan juga pemain – pemain instrumen.
6. Kriteria dan Pemarkahan:
[Rujuk kepada lampiran berkaitan dengan penghakiman]
7. Keputusan pengadil adalah muktamad
8. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perbelanjaan peserta di
dalam pertandingan ini.
SKETSA
- Terbuka kepada pelajar Kolej MARA, Kolej Profesional MARA dan IPMA jemputan.
- Penyertaan satu kumpulan terhad kepada 5-10 orang sahaja.
- Setiap kumpulan haruslah mendapatkan pengesahan daripada Pengarah Kolej.
- Setiap kumpulan perlu mempersembahkan sketsa berdasarkan skrip yang ditulis sendiri tentang tokoh-tokoh sejarah di dalam Bahasa Melayu yang tidak bercanggah dengan tatasusila IPMa dan adab sopan santun Malaysia. Salinan skrip perlu diemailkan kepada AJK Pertandingan 3 minggu sebelum tarikh pertandingan. Penganjur berhak menolak penyertaan sekiranya skrip tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan.
- Pilih SATU daripada dua tema sketsa iaitu : “Perjuangan Tokoh Manjana Transformasi Warisan Bangsa”ATAU “Sejarah Pencetus Akal Budi Budaya Bangsa”.
- Masa persembahan termasuk pertukaran scene (scene change) serta perubahan prop ialah 10 minit. Persembahan yang melebihi masa akan dikenakan penalti.
- Semua alatan yang tajam/ membahayakan, sebarang haiwan liar, cecair mudah tebakar atau asid adalah dilarang sama sekali digunakan semasa persembahan.
- Imej-imej seksual yang mengghairahkan, keganasan yang melampau, unsur khurafat,unsur negative dan bersifat provokasi, cacian dan maki hamun adalah dilarang sama sekali.
- Setiap pelajar (krew dan penyokong) haruslah menjaga disiplin dan tatasusila sebagi seorang pelajar.
- Iringan muzik rakaman, kesan bunyi dan cahaya serta multimedia adalah dibenarkan.
- Segala perbelanjaan produksi kumpulan adalah tanggungan sendiri.
- Pertandingan dihakimi oleh panel hakim yang dilantik oleh pihak penganjur. Keputusan panel adalah muktamad.
- Pihak penganjur sebagai tuan rumah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kemalangan, kecederaan atau kematian terhadap peserta atau barang-barang milik peserta atau kumpulan sebelum, semasa atau selepas pertandingan ini dilangsungkan.
- Pihak penganjur berhak membatalkan sebarang penyertaan jika didapati kumpulan atau individu melanggar mana-mana syarat pertandingan yang disebutkan.
- Pemarkahan :
- Lakonan (20%)
- Konsep persembahan (20%)*
- Pengarahan (20%)
- Kreativiti persembahan (20%)
- Penguasaan pentas (10%)
- Penampilan (10%)
- Keputusan pengadil adalah muktamad.
- * Pementasan sketsa adalah bertepatan dengan tema